Saturday, March 24, 2012

Datang dalam satu pakej.

Assalamualaikum dan Hyeeeeeee u'olls :)


Aaaaacumm ! *bersin* Erghhh..
Masuk kali ni dah lapanpulohsembilanperpuluhanempatbelas aku bersin. Tak tahan weh. Terseksa jiwa raga daku :( *sambil tonyoh hidung daku dengan tisu*


Ok, kembali ke pangkal jalan. Aku rasa melalui perengan diatas sinun mesti korang dah dapat tangkap apa kene mengena tajuk entry tu dengan ayat-ayat yang bakal aku kongsi ni. Kannn ~ Betul tak? Eh, tapi even korang tau ke, korang tak tau ke. Aku still nak bagitau jugak !


Jeng jeng jeng ~
*kunun-kunun suspen. ceit*


Harini dah masuk 4 hari aku terkena "penyakit" selsema, demam dan batuk. Tak ke datang dalam 1 pakej tu? ehee. Bukan nak menagih simpati dari kamu-kamu semua tapi cuma nak kongsi dalam diari elektronik ini.
Kalau diikutkan dari pengalaman tahun-tahun lalu. Aku memang jarang terkena selsema sume ni. Kalau kena pun, 2 hari dah sembuh. Tapi entah kenapa rasa lama pulak penyakit ni bersarang dalam tubuh aku.


Aku rasa penyakit tu muncul mungkin sebab aku kuat sangat minum minuman berais, 2 kali sehari kot aku minum. Dah la minum minuman manis, berais pulak tu. Ni kalau mak aku tau, abes la kena tadah telinga dengar mak membebel. Psstttt~ Jangan bagitau mak aku yek ;)





Then, aku memang tak suka makan ubat. Takot nak telan ubat weh. Erkk -.-"
Roomate aku, anis suruh aku makan strepsils untuk kelegaan tekak. Dah sebab aku asyik batuk je kan. Lepas tu dia suruh aku try panadol soluble, katanya untuk kurangkan selsema. Masa akak cashier tu bagi aku panadol soluble, terkejut giler aku sebab pil tu besar kot. Aku tanya anis, macam mana nak telan kalau besar macam ni ? memang tak tertelan la aku jawabnya. Rupanya panadol tu rendam dalam air. Then minum. Fuhhh~ Macam tu rupanya. Nampak sangat la aku memang tak suka ubat kan -.-" Btw, thanks anis :)


Paling tak tahan, asyik bersin dalam kelas. Perghh! mengganggu tumpuan aku betul la. Tak kusyuk dah nak belajar. huhu :D
Selain tu, aku wajib bawak tisu kemana saja aku pergi. Paham-paham sendiri la sebab ape kan. eheee.


Ok, semoga korang semua sihat-sihat belake. Jangan minum ais, main hujan and kalau rasa ade tanda-tanda kurang sihat tu, cepatlah makan ubat ye.




Notakecil; Doakan aku cepat sembuh ye. TQ

No comments: