Tuesday, December 06, 2011

HB Anis !

Pada suatu hari, pada hari Selasa, bersamaan 6 Disember 2011......

Jeng jeng jeng ... *jangan nak suspen sangat la kan. DUSHHH !

TADAAAAA !!!

- ANIS a.k.a BUNGA -
- 19 -
- 6 Dis 2011 -
- Taken by Capital F <3 -

Sebenarnya hari ni adalah hari yang bermakna buat gadis bertudung hitam ini iaitu hari ulang tahun kelahiran gadis yang bOlat COMEL ini (gambar diatas). Jadi, sempena bedaee dia hari ni. So, aku nak cerita sikit la pasal "budak" ni kan. HIHI :D

 Aku kenal Anis sejak dari alam matrikulasi lagi. Kami satu kelas. Tapi nak dijadikan cerita, kami masa kat matrik dulu tak rapat pon. Bila nak cakap tu masing-masing malu-malu siput kucing je. *meowww meoww.  Apatah lagi nak berbual mesra sambil bertepu tampar. HAHA. memang takde la kan.

Then, habis zaman matrik, aku ditemukan kembali dengan Anis di UiTM Shah Alam. Masa tu dah takde sape-sape kat sini. Member rapat aku sume jauh. Ade kat Utara, Timur, Barat.. Selatan takde kot. Errrrr~ Seolah-olah sebatang kara disini T_T *ayat tu tapayah nak hiperbolabola api sangat la kan. 

So, dengan budak ni la tempat aku berbual,
Dengan budak ni la tempat aku jalan-jalan,
Dengan budak ni la aku makan,
Dengan budak ni la aku luahkan perasan,
Dengan budak ni la aku tersesat mase pertama kali nak ke KL,
Dengan budak ni la aku berkawad,
Dengan budak ni la yang kasi semangat tatkala ke'tension'an melanda diri,

Aarghhhhhh ! Aku da mula sayang kau la budak.



Dear Anis,
                  
                Awak, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-19. Semoga panjang umur & murah rezeki. Semoga awak bahagia di samping orang tersayang.  Maaf, andai selama kite berkawan, awak ada terguris hati atau berkecil hati atau terasa hati atau seumpamanya. Hope, that we will be friends forever.


Sunday, November 13, 2011

bertemu kembali


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh .. 
*kalau jawab sayang, tak jawab dosa~ haha.. IJK :P ..actually, memberi salam itu sunat manakala menjawab salam adalah  wajib ;) 


Terlebih dahulu nak ucap tahniah dan terima kasih banyak kepada rodong-rodong *atau dalam bahasa jawanya kawan-kawan kerana sudi bertemu setelah sekian lama tak jumpe. huu~ terharu. Tapi sedikit terkilan sebab ade jugak rodong yang tak dapat join. emmm.. wishing all of u guys were here.

Banyak kali dah plan nak jumpe tapi asyik tak jadi di atas sebab dan kekangan yang tak dapat dielak kan. Alhamdulillah, pada hari Sabtu bersamaan 12-11-11 ini dapat juga kami bertemu. Seronok jumpe korang :D ..

Bila dah berkumpul sama-sama tu, macam-macam cerita dah kuar. Masing-masing nak bercerita kan. Gelak ketawa, usik-mengusik..hehe. Rase rindu pulak pada zaman sekolah dan zaman asrama dulu. Andai dapat ku undurkan putaran dunia ~ siyes rindu giler !!! 


ok, kalau jumpe tak sah kalau tak snap gambar kan. So, inilah dia~

rindu korang wehh ;)


kami lagi ~

riena . onie . aku . dila . syira . tikah

Semoga kita dapat bertemu lagi di lain hari, di lain masa. Pastu yang lain-lain pon ada jugak. Pastu ramai-ramai sekali ada. FRIEND FOR EVER <3