Wednesday, July 17, 2013

Trick Art Museum I-City


Assalamualaikum...



Hai hai haii :D
Korang mesti pernah dengar pasal Trick Art Museum I-City Shah Alam kan.
Pernah dengar? Pernah masuk? Yang pernah masuk mesti tahu kan.
Yang tak pernah masuk sini aku nak cerita sikit.


Pada 3 Julai 2013 hari tu, lepas je habis paper Public Sector Accounting (PSA 420), kekonon nak release tension la sangat kan, padahal memang teringin nak pegi. So aku dengan Anis pegi I-City dengan semangatnya. haha. Sebelum ni dah pernah pegi I-City, cuma tak jumpa dan tak tahu pun kewujudan Trick Art Museum.


Nak masuk Trick Art Museum bayaran tiket sebanyak RM10 sorang. Lepas tu amik la gambar sebanyak mana dan se-kreatif mana pun korang nak amik. Best sangat wa cakap lu. Haaa.
Jejak je kaki kat sini kiteorang excited habis. Suka!
Yelah selalu tengok gambar orang je kan, sekarang dah berpeluang sampai sini, kemain sakan bergambar. hihi.


Nah disini ada beberapa gambar yang di ambil di sana.












































Thanks to Anis for those pictures. Keseluruhan gambar semua dari kamera Anis hanya beberapa gambar dari kamera fon aku.



Sekian sahaja.



XOxo ;)



Monday, February 18, 2013

BBQ with le friends


Assalamualaikum....



Apa khabar sumeorang? Semoga semuanya sihat hendaknya. Memang nak update. Nak update macam-macam, tapi line internet macam siput sedut. Jadi tunda dulu nak update yang 'macam-macam' tu. *Nampak tak broadband yang dipersalahkan. errr nasib kau la labu~ * 


Pada 13 Februari 2013, telah diadakan satu reunion bersama kawan-kawan SMKT. Segala persiapan telah dibuat oleh kami sendiri. Itu yang seronoknya. Masak sama-sama. Makan sama-sama. Bestkannn (y)


Terima kasih kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Suka bila ramai yang bagi respon nak datang ke majlis. Tapi sedih juga bila ada diantara kami yang tak dapat join sama-sama. Maklumlah bukan mudah nak kumpul semua kawan-kawan. Alang-alang CNY ni, ramai yang cuti maka kami pilih pada tarikh tu. 


Kebetulan pada hari kejadian, sepanjang hari hujan dari pagi. Kami dah gelabah ni risau kot kot hujan sampai malam. Tapi Allah itu maha mengetahui. Malam itu cuaca baik sekali. Alhamdulillah. Majlis dapat disempurnakan dengan baik sekali.





Gembira dapat jumpa korang. Seriously. Rasa macam kembali ke zaman sekolah. Bestnyaaa. Suka sangat sangat. Harap dapat buat macam ni lagi. Berkumpul lagi sama-sama macam ni. Lagi ramai, lagi meriah. InsyaAllah.




130213. Sahabat, semoga ukhwah ini mewangi ke syurga. InsyaAllah.



Nota kecil: Minta halal kalau ada terlebih atau terkurang ye sepanjang majlis haritu :')



Thanks for reading.


XOxo

Wednesday, February 06, 2013

Wordless Wednesday #3



Assalamualaikum...





Gambar dari Atikah Mokhtar.


Kenangan di asrama. Tingkatan 4 kalau tak silap.
Rindu nak menari lagi.





XOxo