Tuesday, August 25, 2015

Gegadis ke Pulau Perhentian!



Assalamualaikum.... Haiiii korangggg, aku tanya apa khabar?


Yaaaa this is first entry for 2015 hahaha lamanya! Terlanjurrr aku tetibe bukak blog nih meh nak kongsi cerita aku pi holiday awal ogos haritu.


Nak dijadikan cerita aku dah lama teringin sangat nak pegi pulau. Teringin nak snorkeling, teringin nak berenang dengan ikan-ikan, penyu sume, teringin nak fefeeling duyung hahaha! Rupanya kekawan aku pun dah lama ada niat nak fefeeling duyung. So here's #5FriendsInPulauPerhentian hahahaha.


Dua tiga minggu before bertolak pegi, kami buat banyak research pasal Pulau Perhentian. Ceit dah macam cari bahan assignment kauuu. Yela... taknak la pegi sana tetibe jadi blur, taktau nak buat apa. So google situ sana sini. Sampai kat instagram pun search pasal Pulau Perhentian hehe. Banyak jugak aku dapat info dari blog yang share pasal percutian dorang kat sana. Tips dan info daripada dorang sangat berguna sebenarnya, thanks! Juga terima kasih pada Nora Fatihah sanggup layan dan jawab pertanyaan yang sekecil-kecil pertanyaan dari aku nih hahaha. Btw, kami tak amik pakej, walk in ja :)


Day 1: 10 Ogos 2015

Kami bertolak dari Temerloh, Pahang pada jam 8.00 pagi dengan menaiki kereta. Yaaa ini adalah roadtrip! Dan dipandu sendiri oleh aku dan Rina. Power tak power. Ceh berlagak sikit pun tak boleh :P Tapi dalam power tak power tu dalam pukul 3.00 petang jugak kami sampai jeti Kuala Besut tu. 7 JAM WEH, aku ulang 7 JAM!! Punyalah tak penah pegi Terengganu aku main bajet sampai sana kul 1.00 tengahari pulak -.- tu pun berapa kali je berhenti isi minyak, buang air bagai. Oh ya, perjalanan kami diiringi dengan hujan renyai sepoi-sepoi bahasa. Dengan harapan dan dalam hati berdoa supaya kat sana cuaca baik-baik saja.


Alhamdulillah, kami sampai ke jeti Kuala Besut dengan selamat. Terus call Abang Lan untuk urusan parking kereta dan bot dari jeti ke pulau. Ni aku nak kasi tips sikit, kalau korang beli tiket bot kat jeti sana harga RM70 seorang pegi balik + RM5 tiket marine. Tapi aku call Abang Lan dua hari before pegi boleh dapat tiket bot pegi balik RM50 sorang + RM5 tiket marine. Parking kereta kat tempat Abang Lan jugak nama tempat tu Safe Park berdekatan dengan jeti (3hari parking bayaran cume RM20) Pssstttt~ ni pun Nora yang bagitau. Sini aku serta kan contact no Abang Lan - 013 951 3915.





Rupanya ada dalam 10 orang penumpang yang tunggu kiteorang sebab kiteorang lambat sikit. Aduiii maaf yaaa :') Perjalanan dari jeti ke pulau mengambil masa kurang dari sejam.



Sempat pakcik bot nasihatkan kiteorang supaya pakai life jacket samada kau pandai berenang atau pun tak. Baik pakcik!


Kami check in kat Dlagoon Chalet - 019 985 7089 sebab bilik boleh tahan murah. Bilik kipas untuk 3 orang cuma RM100/night kami sumbat je 5 orang. Konsep dia lower cost as many as possible :P Sini elektrik ada 24jam tapi plug dalam bilik takde. Nak caj phone/gadget sume kat kedai makan dia ada banyak plug. Reason adalah taknak ada orang masak dalam bilik bawak rice cooker sume tu, takut tikus masuk bilik katanya. Dlagoon ni macam private sikit sebab chalet dia seketul je kat situ. Kalau korang suka kan ketenangan dan sunyi sesuai la duduk sini. Dia kat Perhentian Kecil jugak. Dalam sejam kalau jalan kaki ikut hutan sikit nak ke Long Beach tu. Dalam setengah jam trekking ke Windmill and 15 minit nak ke Adam&Eve beach. Kalau malam memang kena bawak lampu picit, gelap gelita tau.


Korang kalau suka kan nightlife baik stay kat Long Beach. Situ ada pertunjukkan api, pesta muda-mudi gitu. Sana ramai Mat Salleh, ehemmmm paham-paham la ye. K dah. Kalau nak duduk sana aku ada contact no Rock Garden Chalet - 019 258 1857.


Here's one happy face :)


Jangan risau. Dia dah sediakan tanda pada beberapa pokok :)


Aku terlupa nak amik gamba bilik. Takpe la ye. Lepas check in kiteorang trekking pi Adam&Eve beach. Pastu lapar sangat balik chalet dalam pukul 7 petang gitu, pi makan situ. Hmmm makanan boleh tahan mahal dan boleh tahan sedap. Ramai betul matsalleh kat chalet tu. Kadang-kadang aku rasa kiteorang yang foreigner haha. Kiteorang lepak situ sampai pukul 9 malam. Pastu balik bilik, mandi solat urus diri sume, then pillowtalk among these lovely girl sampai tetido Zzzzz <3


Day 2: 11 Ogos 2015


It's snorkeling time!! Wehuuuuuu


Lepas breakfast, kiteorang tunggu brother snorkeling tu datang. Nah contact no aku bagi siap-siap Bakri - 014 543 7650 / 013 904 5965. Bayaran RM40 sorang.









Subhanallah... Lawa sangat gaissssss.









Air dia subhanallah cantik sangatttt. Macam-macam kaler ade. Biru, hijau, putih pun ado haaa. Jernih sangat airnya buat diri ini makin teruja bila nampak segerombolan ikan weeeeeeeeee. Tapi sayang sebab baru tau aku sebenarnya.......................... mabuk laut :( Ish tu lah dengan konpiden aku tolak pelawaan tikah makan ubat tahan pening, amik kauuuu.


Heyyyyyyyy tapi dalam mabuk laut tu aku terjun jugak tauuu tu pun lepas tengok makcik pakcik tu berjaya turun ke laut. Rugi aaa pegi pulau tapi tak snorkeling kannnn. Hmmm hmmm lagi satu gamba snokeling takde dalam fon aku. Was-was nak guna waterproof, sudahnya ada bape ketul je gamba aku dalam fon leha.






Okayyyy penat snorkeling. Memang sunburn la seharian main laut, jadi orang pulau. Takpe la sunburn sekejap, janji pengalaman tu dapat dan puas hati! Tapi aku pakai jugak sunblock pagi tu. Lepas turun laut dah tak kisah lantak la muka hitam kaaa apa kaaa sebab aku dah seronok kat sana (hahahahaha!) Lima checkpoint brother ni bawak (shark point, coral point, turtle point, romantic beach and apa ntah lagi satu -.-)


Then, kami pegi ke windmill. Tempat wajib singgah kalo pegi Pulau Perhentian. View dari atas memang cantik sangat. Lebih kurang 400 anak tangga kau kena daki. Fit tak fit laaa kiteorang separuh ja naik. Permandangan cantik, laut cantik, awan cantik, segalanya tentang Pulau Perhentian sumeeee la cantik senang kata. Hambouihh! Tak percaya? Tengok gambar jum gaisssss...








silau gaisssss










































Terima kasih brother bot yang sporting habis buat kami terhibur. Oh gambar kami berlima tu brother bot la yang amikkan, kami tak mintak pun dengan rela hati dia tolong amikkan gambar (part ni aku suka :D). Macam pepaham jaaaaa. Takpayah sesusah kami nak gilir-gilir amik gambar, takyah guna tripod/monopod dan yang penting sekali takyah guna self-timer. Kalau tak jenuh la aku nak klik pastu belari-lari amik posisi. Thanks again!


Day 3: 12 Ogos 2015

Macam tak percaya dah last day kat pulau. Patut seminggu duduk sini. Walaubagaimana pun hidup perlu diterus kan errrrr tetibe je. Abang Lan kata bot dari pulau ke jeti cuma ada pada pukul 8.00 pagi atau 12.00 tengahari je. Kiteorang decide nak naik bot pukul 8.00 pagi atas sebab-sebab tertentu (antara satu sebabnya nak pi jalan-jalan Terengganu hehehe). Lepas checkout sume tepat jam 8.00 pagi bot sampai.





Mentari pagi









Sesudah sampainya di jeti terus pi cari tempat breakfast. Then jalan-jalan kejap kat situ cari fridge magnet dan souvenir.


Japppp kiranya perbelanjaan di Pulau perhentian adalah sebanyak:-

                          
Bot (pegi-balik)  RM 50
Chalet  RM 40
Snorkeling  RM 40
Makan  RM 40
parking(20/5)  RM 4
Marine park  RM 5

Jumlah RM 179 seorang gaissssss. Yaaaayyyy kami berjaya belanja kurang dari RM 200 hewhewhew. Oh ni perbelanjaan di pulau saja. Petrol/tol tu kami kira lain. Kalau dari Temerloh-Pulau Perhentian-Kuala Terengganu-Temerloh ada dalam RM250. 


Begitulah kisahnya gegadis ke Pulau Perhentian. Till we meet again Pulau Perhentian :')





Thanks for reading gaissss. Eh ada ke yang baca heee.

x, M :)

Monday, December 29, 2014

Si Iz dan Si Jannah

Selingan malam.

Berikut adalah perbualan Iz Rizzuan (6 tahun) dengan Jannah (4 tahun) yang merupakan adik beradik. *baku sangatttt nye hahaha*



Jannah: abang, saya nak kawin dengan abang.
Iz: hey mane boleh! Abang taknak. Kita kena kawin dengan orang lain.
Jannah: abang nak kawin dengan sape?
Iz: abang mana tahu lagi. Abang belum besar.



Perbualan ringkas tapi menarik. Dengan si abang yang acah-acah matang dan si adik yang curious sangat menghiburkan kami. Ha ha ha

Ohya. Saya kini adalah seorang babysitter yang garang hohoho. Kena jaga anak Kak Rizah (sepupu) yang dalam proses melahirkan adik Iz dan Jannah. Semoga dipermudahkan oleh Nya :')




xoxo, m.

Friday, May 16, 2014

Guru Ku

Assalamualaikum...

Selamat hari guru kepada guru-guru yang pernah mengajar diri ini dari ABC... 123... alif ba ta... dan seterusnya.

Guru-guru di:

Pasti As-Syakirin
SK Tanjong Lalang
SMK Temerloh
Sekolah Memandu Ekonomi Ceria
Kolej Matrikulasi Pahang
UiTM Shah Alam

Terima kasih kerana mencurahkan ilmu mu kepada kami. Semoga sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah.

Sayang cikgu :')