Monday, August 12, 2013

Salam Lebaran 2013


Assalamualaikum....





Hari raya keempat baru ada feel nak post satu entry. Hihi.
Okay la. Ni nak cerita pasal raya saya. Raya tahun ni sangat sederhana, kira "pakai mana ada" saja. Haha. Baju kurung tahun ni langsung takde. Cuma jubah dan maxi dress saja. Maxi dress saya beli sesaje je untuk dipakai bila keluar jalan-jalan. Tapi oleh sebab tak pernah pakai langsung, so buat baju raya pun boleh kan.  Hihi. Tudung merah jambu halfmoon tu dari Farawahida. Beliau hadiahkan masa birthday saya bulan Januari itu hari. Thanks Farawahida ;)


Raya pertama dan kedua saya di kampung sebelah emak di Kampung Rumpun Makmur. Dalam setengah jam saja dari rumah saya. Kemudian raya ketiga sampai raya kelima, insyaAllah beraya di kampung sebelah ayah, Kampung Parit Betak, Pontian, Johor.


Perasaan macam-macam ada. Gembira ada. Sedih ada.
Gembira. Sebab tahun ni dapat beraya di kampung emak ayah. Dapat jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. Setahun sekali baru jumpa.
Sedih. Sebab sangat-sangat rasa kehilangan bila raya tahun ni pertama kali beraya tanpa arwah atok, arwah mak jang dan arwah mak ndah. Rasa tak lengkap rumah tanpa mereka. Apa-apa pun semoga roh arwah dicucuri rahmat. Yang pergi tetap pergi.


Seterusnya, harap dapat beraya dengan kawan-kawan jugak. Cuti lama lagi kan. InsyaAllah akan saya kunjung satu rumah ke satu rumah. Tak sabar jumpa mereka.


Ada beberapa gambar kenangan raya disini :)


My family :') Ayah kerja masa ni. 



Mak dan ayah kesayangan hati <3



Sedara-mara.



Kebetulan sama tema. Kami cadang warna hijau turquoise. Dorang cadang biru. Tup tup. Kaler lebih kurang sama saja. Hihi.



Hai. Kami kembar. Adik-kakak.







Ada masa kita menaip lagi. Salam Lebaran. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :'D

Monday, July 22, 2013

Friendship.


Assalamualaikum...






It's all about friendship.

Dengan ucapan; Hai awak puasa tak? haha




XOxo



Wednesday, July 17, 2013

Trick Art Museum I-City


Assalamualaikum...



Hai hai haii :D
Korang mesti pernah dengar pasal Trick Art Museum I-City Shah Alam kan.
Pernah dengar? Pernah masuk? Yang pernah masuk mesti tahu kan.
Yang tak pernah masuk sini aku nak cerita sikit.


Pada 3 Julai 2013 hari tu, lepas je habis paper Public Sector Accounting (PSA 420), kekonon nak release tension la sangat kan, padahal memang teringin nak pegi. So aku dengan Anis pegi I-City dengan semangatnya. haha. Sebelum ni dah pernah pegi I-City, cuma tak jumpa dan tak tahu pun kewujudan Trick Art Museum.


Nak masuk Trick Art Museum bayaran tiket sebanyak RM10 sorang. Lepas tu amik la gambar sebanyak mana dan se-kreatif mana pun korang nak amik. Best sangat wa cakap lu. Haaa.
Jejak je kaki kat sini kiteorang excited habis. Suka!
Yelah selalu tengok gambar orang je kan, sekarang dah berpeluang sampai sini, kemain sakan bergambar. hihi.


Nah disini ada beberapa gambar yang di ambil di sana.












































Thanks to Anis for those pictures. Keseluruhan gambar semua dari kamera Anis hanya beberapa gambar dari kamera fon aku.



Sekian sahaja.



XOxo ;)



Tuesday, June 11, 2013

Wo de jiaren


Assalamualaikum....


Wo de jiating.







Wo jiao Mashitah. Wo de jia zai Pengheng. Wo you baba, mama he san xiongdi jiemei. 
Wo de baba jiao Yacob. Ta shi gongchengshi. Ta wu shi san sui le. Ta xihuan qu gongyuan paobu.
Wo de mama jiao Sarimah. Ta shi shuji. Ta si shi jiu sui le. Ta hen piaoliang. Ta xihuan qu basha maicai.
Wo de didi jiao Muhammad Hidayat. Ta er shi sui le. Ta hen yingjun. Ta xihuan ti zuqiu.
Wo de meimei jiao Nurul Syafiqah. Ta shi xuesheng. Ta shi wu sui le. Ta hen congming, ye hen ke'ai. Ta xihuan changge he ting yinyue.
Wo jinnian er shi yi sui, wo de shengri shi yi yue er shi hao. Wo shi xuesheng, wo zai Mala Gongyi Daxue nianshu. Wo xihuan shangwang. You kong de shihou, wo changchang he pengyou qu Mid Valley kan dianying, wo ye changchang qu da baolingqiu.


Xiexie! :D


XOxo





Sunday, March 10, 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Puan Emak


Assalamualaikum...



5 Mac 2013.
Untuk wanita cantik dan terhebat yang dikurniakan kepada ku, 
wanita yang amat kucintai
dan sayang sepenuh hati,
Rasa sakit dan perit melahirkan ku,
Sejak kecil menjaga dan mendidik ku,
Emak.




Puan Sarimah Ismail <3



Selamat Hari Lahir Emak.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga bahagia disamping suami dan anak-anak tersayang...


Ya Allah,
Ampunilah dosa kedua ibu bapa ku,
Kasihani la sebagaimana mereka mengasihani ku
semasa aku kecil ya Allah.
Aminnnn.




Kek ni Kak Rizah yang belikan. Kami adik beradik tiada dirumah masa hari ulang tahun kelahiran mak. sedih betul. Masing-masing belajar. Hmmm Nasib baik ada kak Rizah. Takde la mak sunyi sangat. hihi. Thanks kak Rizah :')





Wednesday, February 20, 2013

I Love Pink


Assalamualaikum...



Aku dan merah jambu. Dulu, "merah jambu? euw takde kaler lain ke?" Tapi sekarang, baju, beg, kasut, cadar, kalau boleh semua barang aku nak kaler merah jambu.


Aku rasa mula suka pink sebab Adila, roomate masa sem dua. Kalau kat bilik tu semua barang dia kaler pink. Dan aku rasa aku pun dah mula berjangkit suka pada kaler pink. Eh warna kegemaran pun boleh berjangkit ke? Apa-apalah janji bahagia kan ;p


Kalau takde kerja tu, aku suka belek-belek google untuk tengok barang-barang kaler pink. Haaa. Semangat pink terserlah gitew. haha.


Maaflah pada yang tak suka pink tu, boleh terus klik pangkah kat sebelah kanan atas tu ye. Tq :)






Comelnyaaaaa (y)












Sumber dari tumblr.


Suka suka suka, suka semuanyaaaaaaaa <3
Tapi semua ni bukan aku punya, tapi sekadar cuci mata dan kongsi dengan korang.


Thanks for reading.


XOxo



Monday, February 18, 2013

BBQ with le friends


Assalamualaikum....



Apa khabar sumeorang? Semoga semuanya sihat hendaknya. Memang nak update. Nak update macam-macam, tapi line internet macam siput sedut. Jadi tunda dulu nak update yang 'macam-macam' tu. *Nampak tak broadband yang dipersalahkan. errr nasib kau la labu~ * 


Pada 13 Februari 2013, telah diadakan satu reunion bersama kawan-kawan SMKT. Segala persiapan telah dibuat oleh kami sendiri. Itu yang seronoknya. Masak sama-sama. Makan sama-sama. Bestkannn (y)


Terima kasih kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Suka bila ramai yang bagi respon nak datang ke majlis. Tapi sedih juga bila ada diantara kami yang tak dapat join sama-sama. Maklumlah bukan mudah nak kumpul semua kawan-kawan. Alang-alang CNY ni, ramai yang cuti maka kami pilih pada tarikh tu. 


Kebetulan pada hari kejadian, sepanjang hari hujan dari pagi. Kami dah gelabah ni risau kot kot hujan sampai malam. Tapi Allah itu maha mengetahui. Malam itu cuaca baik sekali. Alhamdulillah. Majlis dapat disempurnakan dengan baik sekali.





Gembira dapat jumpa korang. Seriously. Rasa macam kembali ke zaman sekolah. Bestnyaaa. Suka sangat sangat. Harap dapat buat macam ni lagi. Berkumpul lagi sama-sama macam ni. Lagi ramai, lagi meriah. InsyaAllah.




130213. Sahabat, semoga ukhwah ini mewangi ke syurga. InsyaAllah.



Nota kecil: Minta halal kalau ada terlebih atau terkurang ye sepanjang majlis haritu :')



Thanks for reading.


XOxo

Wednesday, February 06, 2013

Wordless Wednesday #3



Assalamualaikum...





Gambar dari Atikah Mokhtar.


Kenangan di asrama. Tingkatan 4 kalau tak silap.
Rindu nak menari lagi.





XOxo


Tuesday, January 22, 2013

20 January 2013, genap 21 tahun ❤


Assalamualaikum....


Alhamdulillah. On  20hb January 2013, I'm 21 years old already! huu. Sekejap je. Rasanya baru je tulis entry I'm officially 20 y/o . Walaupun lambat beberapa hari, aku nak update jugak. hew


When you're 21, its like you are given the "key of freedom" from your parents. Kononnya. Padahal bukan main bebas lagi kan. Tapi Alhamdulillah masih tahu lagi batas-batasnya.


Usually memang celebrate biasa-biasa je with my family and friends.  Sebab tahu diri ini dah besar. So, sambut simple je. tapi tapi tapi nak tahu apa yang jadikannya specialnya.........



Tadaaaaaa!!



Oleh sebab last paper jatuh pada tarikh 18-01-2013, dan tak sempat nak tunggu apa lagi, terus cabut balik rumah. I assume there is no celebration with my friend. Tapi nak dijadikan cerita, budak anis dan budak dila dah sepakat kekonon buat advance suprise for birthday girl. hikhik *gua terharu :') girls!*
dan turut terlibat dalam rancangan itu adalah budak zaki. eh ;p


Pandai tau bebudak ni buat daku terkejut. Dengan hadiahnya, dengan nyanyiannya, dengan kadnya, dengan kekonon nak keluar jogging kat tasik la. Rupanya tengah buat preparation untuk diri ini. Wahhhh seriously rasa nak nangis terharu T_____T
Thanks again!





Tempat kejadian adalah di Setia City Mall. First time daku jejak kaki ke sana. Cantik sangat permandangan kat sana pada malam hari. Dengan lampu-lampu, dengan air pancutan, dengan taman-taman. Sumpah cantik!
Thanks girlfriends sebab sudi bawak daku ke sini :')




Itu hadiah dan kad dari mereka. Dekat kad tu ada 12 ucapan 'semoga' for me. 
Nak tahu ke mereka tulis apa?
aaaaaaaaaaaa takpayah la kann, biar diri ini dan mereka saja yang tahu :')





My girlfriends. budak anis dan budak dila. *sudah terbiasa dgn penggunaan budak ;p
Thanks girlfriends. Ilebiu. muah :*


Dirumah pula, mak ajak makan-makan luar. hmmm terlupa pulak nak bergamba. Sayangkan. Kenangan tu. Kek takde tahun ni. Entah kenapa tak terasa nak makan kek. pelik.
Apa-apa pun thanks to my parent. Terima kasih atas segala-galanya selama 21 tahun membesarkan diri ini.


Terima kasih juga pada kawan-kawan yang wish via twitter, facebook dan sms. Sayang semuaaaaa ! <3


Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.
Bersyukur kepada Allah, I'm 21 now.