Saturday, December 31, 2011

sayonara 2011

Assalamualaikum..


Ahhaaa. detik-detik terakhir tahun 2011 semakin hampir. esok dah masuk tahun 2012. pehal pulak macam ade rase sedih plusss gembira nehh. aik, sedih pon ade jugop. emmmm....

kenape aku sedih?

pertamanya sebab zaman 'belas-belas' aku dah tade tahun depan. mak aihh ! tu pon nak sedih ke? ehh, mesti.. haha. tahun depan aku berumur 20 tahun. Aku dah masuk zaman 20an bermakna aku tak layak dipanggil remaja. means, aku dah dewasa lah kan.. huh ! lawak seram aku dengan title dewasa tu. but, its oke. aku cuba menjadi seorang yang matang dengan title dewasa yg akan ku bawa tahun depan ;)

keduanya sebab aku rasa makin jauh dengan dunia kanak-kanak aku. jauh dari zaman 'kenakalan' di waktu sekolah. pssstt~ sebenarnya aku tade la nakal sangat sebab aku pasif orang nye dulu. huhu.
pagi-pagi bangun, bersiap pegi sekolah, tunggu bas punye lame upenye dah tertinggal bas.
malam pulak pegi mengaji, balik mengaji tak terus balik. tapi pegi singgah pasar malam dulu. hihi. 
pastu, kalau dengar cerite yang takot-takot tu balik naek basikal kayuh laju-laju.
seriously, terasa seram. haha. aku rindu sangat zaman tu. 

masa zaman tadika nehh. teka lah aku mane satu :P

tapi disebalik kesedihan itu pasti ade kegembiran nya kan.. Hope, aku dapat menjalani hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan pada tahun 2012 dengan penuh kesabaran.
"semoga hari ni lebih baik daripada semalam."

selamat tahun baru 2012 :'> PEACE !! 


Tuesday, December 27, 2011

Sekali bersama Tutti Fruitti

Assalamualaikum... ^_______^

hari ni 1st time aku makan Tutti Fruti. haha. ayat macam sadis . 
sebenarnye, UiTM Shah Alam ni dekat amat dengan tempat Tutti Frutti tersebut.
tapi hari ni baru berpeluang nak merasa lah sangat kan

bajet dalam 7 hengget ke bawah je. sekali, haaaa... ambek ! sampai 10 hengget. 
aku ambek je sesuka hati.
geram tengok warna warni belake. comei jeee. hihi.

kami pegi bertiga. anis dan dila :)
pasni, kalau bolei nak pegi lagi.
hoyeeehhh~


Saturday, December 24, 2011

Hidup tak selalunya di atas

Assalamualaikum 


emmmmm... hai la hati, belum cerite pape lg dah mengeluh. hadoi la... 

aku bukan ape, tibe tibe rase terkilan dan kecewa dan sedih bagai la.
 aku tatau kenape. 
aku rase cukup berbeza dgn mereka. .
 aku rase cemburu tengok mereka.
mereka pandai, cantik, bahagia, ceria jeee..
aku rasa "down" sgt :(

aku nak jadi macam mereka, 

tapi ..........

macam ade halangan dan cabaran yg terselit di sekeliling.

arghhhhh~
sangat menjengkel kan ape yg aku rase skrg ni !!!


namun jauh di sudut hati kecil berbisik~

MASHITAH sayang~ jangan give up !
Aku tau kau bolei. kalau mereka bolei, kenape kau tak bolei kan.
ko pernah alami ape yg mereka alami dulu..
ingat mak & ayah kau.
mereka selalu nak kan yg terbaik utk kau.
kau tak bolei hampakan mereka.
kau sayang mak kan?
kau sayang ayah kan?
ko mesti kuat !
ingat segala pesan mereka tau.

paling penting doa kepada ALLAH.
InsyaAllah.. Allah telah menentukan segalanya.
Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


sayang mak. sayang ayah. *ILYSM




p/s: rasa macam nak terbang balik umah sekarang.nak peluk mak ketat-ketat. seriously, rindu amat !!!

Tuesday, December 06, 2011

HB Anis !

Pada suatu hari, pada hari Selasa, bersamaan 6 Disember 2011......

Jeng jeng jeng ... *jangan nak suspen sangat la kan. DUSHHH !

TADAAAAA !!!

- ANIS a.k.a BUNGA -
- 19 -
- 6 Dis 2011 -
- Taken by Capital F <3 -

Sebenarnya hari ni adalah hari yang bermakna buat gadis bertudung hitam ini iaitu hari ulang tahun kelahiran gadis yang bOlat COMEL ini (gambar diatas). Jadi, sempena bedaee dia hari ni. So, aku nak cerita sikit la pasal "budak" ni kan. HIHI :D

 Aku kenal Anis sejak dari alam matrikulasi lagi. Kami satu kelas. Tapi nak dijadikan cerita, kami masa kat matrik dulu tak rapat pon. Bila nak cakap tu masing-masing malu-malu siput kucing je. *meowww meoww.  Apatah lagi nak berbual mesra sambil bertepu tampar. HAHA. memang takde la kan.

Then, habis zaman matrik, aku ditemukan kembali dengan Anis di UiTM Shah Alam. Masa tu dah takde sape-sape kat sini. Member rapat aku sume jauh. Ade kat Utara, Timur, Barat.. Selatan takde kot. Errrrr~ Seolah-olah sebatang kara disini T_T *ayat tu tapayah nak hiperbolabola api sangat la kan. 

So, dengan budak ni la tempat aku berbual,
Dengan budak ni la tempat aku jalan-jalan,
Dengan budak ni la aku makan,
Dengan budak ni la aku luahkan perasan,
Dengan budak ni la aku tersesat mase pertama kali nak ke KL,
Dengan budak ni la aku berkawad,
Dengan budak ni la yang kasi semangat tatkala ke'tension'an melanda diri,

Aarghhhhhh ! Aku da mula sayang kau la budak.



Dear Anis,
                  
                Awak, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-19. Semoga panjang umur & murah rezeki. Semoga awak bahagia di samping orang tersayang.  Maaf, andai selama kite berkawan, awak ada terguris hati atau berkecil hati atau terasa hati atau seumpamanya. Hope, that we will be friends forever.