Wednesday, February 20, 2013

I Love Pink


Assalamualaikum...



Aku dan merah jambu. Dulu, "merah jambu? euw takde kaler lain ke?" Tapi sekarang, baju, beg, kasut, cadar, kalau boleh semua barang aku nak kaler merah jambu.


Aku rasa mula suka pink sebab Adila, roomate masa sem dua. Kalau kat bilik tu semua barang dia kaler pink. Dan aku rasa aku pun dah mula berjangkit suka pada kaler pink. Eh warna kegemaran pun boleh berjangkit ke? Apa-apalah janji bahagia kan ;p


Kalau takde kerja tu, aku suka belek-belek google untuk tengok barang-barang kaler pink. Haaa. Semangat pink terserlah gitew. haha.


Maaflah pada yang tak suka pink tu, boleh terus klik pangkah kat sebelah kanan atas tu ye. Tq :)






Comelnyaaaaa (y)












Sumber dari tumblr.


Suka suka suka, suka semuanyaaaaaaaa <3
Tapi semua ni bukan aku punya, tapi sekadar cuci mata dan kongsi dengan korang.


Thanks for reading.


XOxo



Monday, February 18, 2013

BBQ with le friends


Assalamualaikum....



Apa khabar sumeorang? Semoga semuanya sihat hendaknya. Memang nak update. Nak update macam-macam, tapi line internet macam siput sedut. Jadi tunda dulu nak update yang 'macam-macam' tu. *Nampak tak broadband yang dipersalahkan. errr nasib kau la labu~ * 


Pada 13 Februari 2013, telah diadakan satu reunion bersama kawan-kawan SMKT. Segala persiapan telah dibuat oleh kami sendiri. Itu yang seronoknya. Masak sama-sama. Makan sama-sama. Bestkannn (y)


Terima kasih kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Suka bila ramai yang bagi respon nak datang ke majlis. Tapi sedih juga bila ada diantara kami yang tak dapat join sama-sama. Maklumlah bukan mudah nak kumpul semua kawan-kawan. Alang-alang CNY ni, ramai yang cuti maka kami pilih pada tarikh tu. 


Kebetulan pada hari kejadian, sepanjang hari hujan dari pagi. Kami dah gelabah ni risau kot kot hujan sampai malam. Tapi Allah itu maha mengetahui. Malam itu cuaca baik sekali. Alhamdulillah. Majlis dapat disempurnakan dengan baik sekali.





Gembira dapat jumpa korang. Seriously. Rasa macam kembali ke zaman sekolah. Bestnyaaa. Suka sangat sangat. Harap dapat buat macam ni lagi. Berkumpul lagi sama-sama macam ni. Lagi ramai, lagi meriah. InsyaAllah.




130213. Sahabat, semoga ukhwah ini mewangi ke syurga. InsyaAllah.



Nota kecil: Minta halal kalau ada terlebih atau terkurang ye sepanjang majlis haritu :')



Thanks for reading.


XOxo

Wednesday, February 06, 2013

Wordless Wednesday #3



Assalamualaikum...





Gambar dari Atikah Mokhtar.


Kenangan di asrama. Tingkatan 4 kalau tak silap.
Rindu nak menari lagi.





XOxo