Sunday, November 25, 2012

Nak tengok ini, pleaseee


Assalamualaikum...






Twilight Breaking Dawn Part 2 !

dah lama tunggu cerita nih. seriously.
ada sesiapa sudi ber-twilight dengan kita tak?
T__________T




XOxo


Saturday, November 03, 2012

Nourul Aisyah Azhar


Assalamualaikum and hyeeeeee :'D



Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan.





Nama: Nourul Aisyah Binti Azhar.
Tarikh lahir: 25 Oktober 2012.
Tempat lahir: Pontian, Johor.
Berat: 3.7 kg.



Aisyah merupakan anak cik nor iaitu adik bongsu ayah aku. Ini adalah anak beliau yang kelima. Yayyy! bertambah lagi seorang dalam keluarga sebelah ayah. hehe.


Actually, aku baru dapat tengok dengan jelas anak cik nor. ini pun ayah yang send mms gambar budak comel nih. hehe. Gerammmmm sangat ! rasa nak cubit-cubit pipi montel beliau. eeeeeeeee. Tak sabar nak balik johor nanti. hehe. InsyaAllah.



Thanks for reading ;)



Have a nice day, XOxo



Friday, November 02, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera ...



Hai. Kita dah dapat kad diskaun pelajar. Awak bila lagi? Hikhik :D
So, saya nak pegi enjoyyyyyy !


Eh.
Kejap !!!
......................


Bila boleh guna kad ni?
Kat mana je boleh guna?
Berapa peratus potongan?


Aaaaa. pusing kepala dengan persoalan ini? Mari sini nak share dengan korang.
Setelah di korek dan di gali, juga di google. Inilah jawapan yang aku dapat.






So, check it out guysss.

Tempat yang boleh menerima kad diskaun pelajar dan peratus potongannya.

  • Desa Water Park: 15% Discount on Ticket
  • Bukit Merah Laketown Resort: 10% discount for waterpark, watereco & waterpark combo
  • The Lost World of Tambun: 10% discount on up to 6 entrance tickets per card
  • i-City: 10% discount at Snowalk & Water World
  • Clara International Beauty: 10% discount
  • KLIA Transit: 30% discount on one way ticket
  • Malaysia Airline System (MAS): 10% to 25% discount on Economy market fares, additional 10kg baggage allowance, parent to get 10% discount from applicable Economy market fares to parents of student for Induction and Graduation ceremonies
  • FireFly: 50% discounts on Y class fare, 20kg complementary checked baggage, complementary refreshment on board
  • Rapid KL: Student RapidPass 50% discount for bus 33% discount for bus, LRT and Monorail
  • A&W: 50% discount on regular and large root beers
  • Daily Fresh: 10% discount
  • KFC: 5% discount for transaction below RM20
  • Little Taiwan: 10% discount on minimum RM30 purchase from ala carte menu
  • Marrybrown: 10% discount on total amount in a single receipt
  • Station One Cafe: 5% discount
  • The Chicken Rice Shop: Special student meal @ RM9.90nett
  • Focus Point: 20% to 50% discounts on selected frames and sunglasses
  • Optical 88: 5% to 10% discount
  • Kinokuniya Book Stores: 10% discount on normal price book
  • Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad: 5% - 15% discount
  • MPH Bookstores: 10% discount on normal price book and stationery
  • Times Bookstore: 10% discount on normal-priced books, 5% discount on stationery and magazines
  • Metro Driving Academy: RM200 Discount for New Driving License Class B2 (Motorcycle below 250cc) and D (Car)
  • Mydin: Special price on selected non-food items
Untuk lebih detail rujuk www.1pengguna.com




Harap ini membantu korang serba sedikit. :)



Thanks for reading



XOxo


Saturday, September 15, 2012

Mutiara Kata #3


Assalamualaikum...


" Don't be afraid of change. You may end up losing something good, but you will probably end up gaining something better"


Selamat malam semuanya. Semoga hari esok lebih baik daripada harini (Y)


XOxo

Thursday, August 16, 2012

Mutiara Kata #2


Assalamualaikum ...



Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan.




XOxo

 

Tuesday, August 14, 2012

Doodle Pertamaku


Assalamualaikum ... Tak jawab, dosa. Kalau jawab, dapat pahala ~


Haaaa, tu diaaaaaa bak hang ! Bukan main lagi update entry banyak kali. Macam takde esok je nak update bebanyak. huehuehue :D 


Aku sekali lagi disini pada saat ini kerana.........



Ini ! jeng jeng jeng. hehe. Ini adalah doodle pertama aku. First time aku buat doodle. Percobaan pertama ni. Ohsemmmm tak? hihi.Mata besor bukan main kann.


Sebenarnya simple je doodle ni. Aku saje saje try, konon-konon nak buat bebudak pompuan tengah main bunga api. Tak berapa menjadi tapi boleh tahan la kann. 


Oh yeee ! Aku buat ni guna MS Excel je tau. Aku pun sebenarnya baru tau melalui MS Excel pun kita boleh buat doodle. Semuanya aku belajar dari belog yoUnique . Senang je. Korang pun boleh belajar dari situ. Kalau ada apa-apa yg tak paham boleh rujuk pada yang pakar which is belog yoUnique tau ;)


Cubalah. Best tau. K.baiii ~


Thursday, July 26, 2012

Jangan Menangis Wahai Hati


Assalamualaikum semua...
Semoga korang berbahagia hendaknya :')


Malam ni hati aku tak berapa sedap. Hati bercampur-baur. Ada sedih, ada marah, ada kecewa, ada duka, ada rapuh. Semuanya bercampur dalam satu hati. Hati ini ! Hati aku ! Hanya Allah dan aku saja yang tahu betapa terlukanya hati ni. Rasa nak menjerit sekuat hati. Tapi apa kan daya.
:'(

Jangan menangis wahai hati. Jangan bersedih. Bersabarlah wahai hati. Di setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Pasti ada berita gembira disebalik kepayahan itu. Allah turunkan dugaan pada kita, supaya kita kuat. Supaya kita ingat kepada-Nya. Supaya kita lebih dekat dengan-Nya. Supaya kita meminta dan menadah tangan pada-Nya.

"Allah will never leave you empty. He will replace everything you have lost. If He ask you to put something down, then it's because He wants you to pick up something greater"

hmmmmmmmm................
Aku tak boleh cerita kat sini tentang apa yang berlaku dan yang telah membuatkan aku sedih. Maaf kepada semua pembaca. Tolong jangan tanya mengapa. Aku takut air mata ini tumpah lagi. Aku tak sanggup. Sesungguhnya aku sedang berdukacita :'(



Saturday, March 24, 2012

Mutiara Kata #1

Assalamualaikum dan Hyeeeeeee olls !!



"Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis."



MK#1 :)

Datang dalam satu pakej.

Assalamualaikum dan Hyeeeeeee u'olls :)


Aaaaacumm ! *bersin* Erghhh..
Masuk kali ni dah lapanpulohsembilanperpuluhanempatbelas aku bersin. Tak tahan weh. Terseksa jiwa raga daku :( *sambil tonyoh hidung daku dengan tisu*


Ok, kembali ke pangkal jalan. Aku rasa melalui perengan diatas sinun mesti korang dah dapat tangkap apa kene mengena tajuk entry tu dengan ayat-ayat yang bakal aku kongsi ni. Kannn ~ Betul tak? Eh, tapi even korang tau ke, korang tak tau ke. Aku still nak bagitau jugak !


Jeng jeng jeng ~
*kunun-kunun suspen. ceit*


Harini dah masuk 4 hari aku terkena "penyakit" selsema, demam dan batuk. Tak ke datang dalam 1 pakej tu? ehee. Bukan nak menagih simpati dari kamu-kamu semua tapi cuma nak kongsi dalam diari elektronik ini.
Kalau diikutkan dari pengalaman tahun-tahun lalu. Aku memang jarang terkena selsema sume ni. Kalau kena pun, 2 hari dah sembuh. Tapi entah kenapa rasa lama pulak penyakit ni bersarang dalam tubuh aku.


Aku rasa penyakit tu muncul mungkin sebab aku kuat sangat minum minuman berais, 2 kali sehari kot aku minum. Dah la minum minuman manis, berais pulak tu. Ni kalau mak aku tau, abes la kena tadah telinga dengar mak membebel. Psstttt~ Jangan bagitau mak aku yek ;)





Then, aku memang tak suka makan ubat. Takot nak telan ubat weh. Erkk -.-"
Roomate aku, anis suruh aku makan strepsils untuk kelegaan tekak. Dah sebab aku asyik batuk je kan. Lepas tu dia suruh aku try panadol soluble, katanya untuk kurangkan selsema. Masa akak cashier tu bagi aku panadol soluble, terkejut giler aku sebab pil tu besar kot. Aku tanya anis, macam mana nak telan kalau besar macam ni ? memang tak tertelan la aku jawabnya. Rupanya panadol tu rendam dalam air. Then minum. Fuhhh~ Macam tu rupanya. Nampak sangat la aku memang tak suka ubat kan -.-" Btw, thanks anis :)


Paling tak tahan, asyik bersin dalam kelas. Perghh! mengganggu tumpuan aku betul la. Tak kusyuk dah nak belajar. huhu :D
Selain tu, aku wajib bawak tisu kemana saja aku pergi. Paham-paham sendiri la sebab ape kan. eheee.


Ok, semoga korang semua sihat-sihat belake. Jangan minum ais, main hujan and kalau rasa ade tanda-tanda kurang sihat tu, cepatlah makan ubat ye.




Notakecil; Doakan aku cepat sembuh ye. TQ

Sunday, February 19, 2012

senyum itu... INDAH

Assalamualaikum...


"Senyumlah senyumlah aaahai cik mek molek" - sedikit sedutan dari lagu Dato' M Daud Kilau :DD  Tengok! Dato' M Daud Kilau pun suka kalau kita senyum. eh..


Korang tau tak, semasa korang senyum 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis ^__^ manakala 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Lepas tu kan, senyum juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yg dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit.)


Erkkkk~ nape berkerut-kerut dahi tu? korang tak percaye? ok. sila rujuk SINI laju-laju


Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata bahawa
"Senyum kepada saudaramu adalah satu sedekah"


Jadi sahabat sekalian.....



Senyum ! :D tak perlu kata apa-apa ~


Tuesday, January 24, 2012

Iman membentuk peribadi


ko nie memang 'bab 1' betol lah. aku tak suke orang macam *%$##@^ ni !! huh



eh eh eh , jangan pikir bukan bukan. bukan aku nak marah, kutuk mahupun maki sesape pon. lagipon ni bukan entry untuk luahan perasaan tak puas hati dengan sesiape. takde kena mengena antara yang hidup mahupun yang meninggal dunia oke.

kalau korang tengah marah kan, ade tak rasa nak maki hamun orang tersebut. eh, jap... sebelum nak maki tu ingat kata-kata ni...


tengok~ sangat bermakna kan... nasihat ni ditujukan untuk semua dan untuk diri aku juga. sama-sama kita ambil dan beramal dengan sesuatu yang baik.

pasni tamau dah buat status kat 'mukabuku' atau 'burung biru' untuk maki hamun orang. banyak salah faham berlaku. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. peace !! (^__^)Y



notakecil: pinjam status jap ye shahiza :) tenkiu

Tuesday, January 17, 2012

bahagia bersama selamanya

Assalamualaikum...

Cuba korang tengok gambar ni dan hayati betol-betol.. ade rasa something tak?


korang tak rasa apa-apa?

aku sedang bayangkan suasana dalam cerita Lagenda Budak Setan. pastu aku nampak Lisa surihani duk posing-posing bawah pokok tu. haaa pastu aku nampak bayang-bayang Farid Kamil yang kacak dan katangnya. errr~ ke situ pulak -.-" haa, tengok ! aku dah mula berangan. :P

oke. sebenarnya aku rasa gembira sebab... mereka nampak bahagia bersama-sama. mereka bercinta dan mencintai sehingga akhir hayat. waaa~ bahagianya mereka :)

eh, apasal entry jiwang kali ni. ahahaa.. itu maknanya aku sedang BAHAGIA ^^