Tuesday, December 06, 2011

HB Anis !

Pada suatu hari, pada hari Selasa, bersamaan 6 Disember 2011......

Jeng jeng jeng ... *jangan nak suspen sangat la kan. DUSHHH !

TADAAAAA !!!

- ANIS a.k.a BUNGA -
- 19 -
- 6 Dis 2011 -
- Taken by Capital F <3 -

Sebenarnya hari ni adalah hari yang bermakna buat gadis bertudung hitam ini iaitu hari ulang tahun kelahiran gadis yang bOlat COMEL ini (gambar diatas). Jadi, sempena bedaee dia hari ni. So, aku nak cerita sikit la pasal "budak" ni kan. HIHI :D

 Aku kenal Anis sejak dari alam matrikulasi lagi. Kami satu kelas. Tapi nak dijadikan cerita, kami masa kat matrik dulu tak rapat pon. Bila nak cakap tu masing-masing malu-malu siput kucing je. *meowww meoww.  Apatah lagi nak berbual mesra sambil bertepu tampar. HAHA. memang takde la kan.

Then, habis zaman matrik, aku ditemukan kembali dengan Anis di UiTM Shah Alam. Masa tu dah takde sape-sape kat sini. Member rapat aku sume jauh. Ade kat Utara, Timur, Barat.. Selatan takde kot. Errrrr~ Seolah-olah sebatang kara disini T_T *ayat tu tapayah nak hiperbolabola api sangat la kan. 

So, dengan budak ni la tempat aku berbual,
Dengan budak ni la tempat aku jalan-jalan,
Dengan budak ni la aku makan,
Dengan budak ni la aku luahkan perasan,
Dengan budak ni la aku tersesat mase pertama kali nak ke KL,
Dengan budak ni la aku berkawad,
Dengan budak ni la yang kasi semangat tatkala ke'tension'an melanda diri,

Aarghhhhhh ! Aku da mula sayang kau la budak.



Dear Anis,
                  
                Awak, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-19. Semoga panjang umur & murah rezeki. Semoga awak bahagia di samping orang tersayang.  Maaf, andai selama kite berkawan, awak ada terguris hati atau berkecil hati atau terasa hati atau seumpamanya. Hope, that we will be friends forever.


No comments: