Monday, February 18, 2013

BBQ with le friends


Assalamualaikum....



Apa khabar sumeorang? Semoga semuanya sihat hendaknya. Memang nak update. Nak update macam-macam, tapi line internet macam siput sedut. Jadi tunda dulu nak update yang 'macam-macam' tu. *Nampak tak broadband yang dipersalahkan. errr nasib kau la labu~ * 


Pada 13 Februari 2013, telah diadakan satu reunion bersama kawan-kawan SMKT. Segala persiapan telah dibuat oleh kami sendiri. Itu yang seronoknya. Masak sama-sama. Makan sama-sama. Bestkannn (y)


Terima kasih kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Suka bila ramai yang bagi respon nak datang ke majlis. Tapi sedih juga bila ada diantara kami yang tak dapat join sama-sama. Maklumlah bukan mudah nak kumpul semua kawan-kawan. Alang-alang CNY ni, ramai yang cuti maka kami pilih pada tarikh tu. 


Kebetulan pada hari kejadian, sepanjang hari hujan dari pagi. Kami dah gelabah ni risau kot kot hujan sampai malam. Tapi Allah itu maha mengetahui. Malam itu cuaca baik sekali. Alhamdulillah. Majlis dapat disempurnakan dengan baik sekali.





Gembira dapat jumpa korang. Seriously. Rasa macam kembali ke zaman sekolah. Bestnyaaa. Suka sangat sangat. Harap dapat buat macam ni lagi. Berkumpul lagi sama-sama macam ni. Lagi ramai, lagi meriah. InsyaAllah.




130213. Sahabat, semoga ukhwah ini mewangi ke syurga. InsyaAllah.



Nota kecil: Minta halal kalau ada terlebih atau terkurang ye sepanjang majlis haritu :')



Thanks for reading.


XOxo

3 comments:

zyma_senpai said...

uih.. ramai gak ey..

best betoi..

♥ CIKZEK ♥ said...

jumpe kawan lama mmg sgt awesome ! rnduu pulak dkt kgkawan kitee -__-

KakLangMia said...

hehehe...kan? seronok sgt kan? dah lame x jumpa rodong2... hope lenkali kte bleh wt lg.. thanks kpd semua... sayang semua,, termasuk cik M.A.S.H hehehe ^-^